Sejak dua menjak aku jadi student IPT ni aku rindu pula family ku biarpun jarang juga bertemu. Selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia ini wahai kedua bapaku, ibuku serta adik-beradikku yang masing-masing berada di Sandakan dan Lumut,Perak :) Moga kamu dapat melaksanakan Ibadah puasa ini dengan baik. Anak mu yang berada di sini ni tidak perlu di risaukan. HAHA.
Saya tidak tahu kenapa saya mahu menulis blog hari ini setelah beberapa lama menyepi sektika. Mungkin saya ternampak post-post kawan untuk keluarga mereka jadi saya pun mahu juga post kali. Tapi diorang untunglah dapat berpuasa and berbuka puasa dengan family diorang. Aku?Oh mann, so sad. haha. Aku tidak pernah menyambut puasa or berbuka puasa dengan family ku. sedih kan?haha. Maklum lah anak kepada penceraian keluarga memang tidak akan pernah menyambut puasa dengan family yang penuh tapi tidak apalah mungkin ada hikmah di sebaliknya :)
Nasib baik ada juga alat yang memudahkan aku berkomunikasi dengan keluarga ku yang masing-masing jauh biarpun kadang-kadang rasa macam hidup seorang jak. haha. Biarlah aku jak yang sakit, tidak perlu mereka bersama ku untuk sakit. Sudah cukup mereka sakit untuk ku dahulu #Ohyeahh!. apa-apa pun, saya di sini hanya mendoakan yang terbaik untuk keluarga ku, kawwan-kawan terbaik ku serta saudara-saudari Islam yang lain. Semoga anda semua mampu menunaikan Ibadah puasa pada tahun ini. Amin ya Rabb :) "Ahlan wasahlan ya ramadhan"